Sufi Advise



Dipetik dari FB Hj Benjamin Hj Usman - 29hb April 2012

KEBENARAN TERSINGKAP DGN KENYATAAN BENAR INI... sila baca dan hayatii, marilah ktia sama2 doa agar PEMIMPIN yg benar dan sejati dibangkitkan ALLAH SWT utk menyelamatkan kita semua tidak kira apa bangsa dan kefahaman - kita semua mengharapkan kebaikan dan keselamatan dunia dan akhirat. AMIN
PEMIMPIN YANG KITA NANTIKAN:
Asalamualaikum, kesimpulan yang boleh kita buat melalui peristiwa BERSIH 3.0 pada sabtu 28hb April 2012 adalah, tiada satu pun Pemimpin Islam samaada dikalangan ulama atau yang lainnya tampil dan bangkit untuk memimpin lautan manusia yang datang mengharapkan agar keadilan dapat ditegakkan sekali gus melenyapkan kezaliman. Sepatutnya mereka mengambil kesempatan dalam situasi ini untuk menyatakan Kebenaran, tetapi apa yang terjadi ialah, mereka telah meninggalkan perhimpunan itu dan membiarkan rakyat berjuang sendirian. sedangkan rakyat yang bangkit itu datang kerana mengharapkan adanya suatu kekuatan yang boleh dimereka jadikan sandaran untuk mengisi kekosongan cita-cita dan harapan mereka itu. Namun mereka telah pulang kerumah dengan membawa kekosongan itu kembali.

Bukan untuk mengkritik pemimpin-pemimpin ini, tetapi mereka sepatutnya mengambil kesempatan menyatakan kebenaran kerana kesempatan seumpama ini tidak selalu Tuhan berikan. Sayangnya mereka terlalu menjaga hati kawan sedangkan kalau kita nyatakan kebenaran, kawan-kawan kita tadi akan selamat dunia dan akhirat, sabda Nabi SAW “katakanlah (kebenaran) walaupun pahit”.


Perjuangan ini bukanlah sekadar menuntut perubahan Plihan Raya kerana sekalipun tuntutan itu dipenuhi belum pasti keadilan dapat ditegakkan dalam PRU akan datang. Perjuangan ini adalah untuk menyatakan kebenaran bahawa bumi ini adalah milik Allah dan kita sebagai hamba-hambaNya yang telah dipilih untuk mendiami bumi sekali gus sebagai khalifah.justeru itu kita hendaklah menggunakan undang-undang Nya untuk mentadbir dunia ini. Hanya undang-undang dan peraturan Allah yang berlandas kasih sayang yang boleh menjaminkan keadilan,keamanan dan mengujudkan kasih sayang dikalangan umat manusia tanpa mengira, bangsa dan warna kulit. Bahkan ianya akan menjamin keadilan dan keselamatan kepada mahluk-mahluk lain seperti jin,haiwan,tumbuh-tumbuhan dan alam jamadat. Ini adalah kerana kita dan alam serta segala yang ada didalamnya adalah ciptaan Allah maka hanya undang-undang dan peraturanNya sahajalah yang layak dan sesuai untuk dipakai.


Keadaan agama Islam sekarang ini didalam kucar kacir.kekeliruan dan keraguan serta hilang arah tujuannya. Agama yang lurus dan terang benderang menjadi kabur disebabkan berbagai fahaman ,konsep dan nama yang dikaitkan dengannya akibatnya, agama itu telah ditohmah dengan berbagai tohmahan dan tuduhan yang tidak layak baginya.Buktinya kes murtad bertambah, gejala Gay ,Lesbian, Bisexual dan sex bebas berleluasa, kes jenayah dan keganasan rumah tangga meningkat, penipuan dan ketidak adilan dimana-mana, rakyat masih hidup melarat dan sengsara sungguh pun hidup di Negara –negara Islam yang kaya raya.


Oleh yang demikan, sudah tiba masanya untuk kita memohon pada Allah SWT untuk membangkitkan seorang Pemimpin yang akan membawa Kebenaran untuk menghancurkan semua ketidak adilan dan kebathilan yang ada sekarang ini bukan sahaja untuk keselamatan umat Islam tetapi umat manusia sejagat.Marilah kita menadah tangan dengan rendah hati memohon pembelaanNya dengan mengutus Pemimpin yang akan membela kita dari kemelut yang menghambat seluruh umat Islam selama ini. Pemimpin inilah yang akan mengisi kekosongan dalam jiwa-jiwa kita dan mahluk-mahluk sekeliling kita, yakni untuk hidup saling berkasih sayang sesuai dengan kehendak Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.