Thursday, June 30, 2016

Kitab Ajaran & Amalan YMTG Tuan Haji Ghulam Hassan Ali Akbar Al-Haj Al-Ghaus, Al-Bikangi RA

Snopsis : Nabi SAW bersabda dalam hadisnya yang bermaksud, “Sesungguhnya agama (Islam) permulaan (datang) keadaan asing dan akan kembali asing. Maka berbahagialah bagi mereka yang asing. Iaitu orang-orang yang memperbaiki se esuatu yang dirosak oleh manusia dari sunnahku setelaha ku mati.” (H.R Termizi). Pada hari ini apa yang diperkatakan oleh Rasulullah SAW telah menjadi kenyataan. Buktinya orang-orang yang menghidupkan sunnah dalam bentuk pakaian, amalan, dan cara hidup mereka telah dianggap asing dan dagang, bahkan sesat. Sebaliknya budaya barat menjadi sanjungan dan ikutan. Justeru itu, bagaimanakah caranya untuk menjadikan Islam itu tidak asing serta dagang agar menjadi budaya dan cara hidup setiap muslimin dan muslimat terutama di kurun ini. Jawapannya terdapat dalam kitab ini kerana di dalamnya diterangkan cara dan kaedah yang diambil oleh YMTG untuk menjadikan segala amalan dan ajaran yang dianggap dagang dan asing itu menjadi amalan umat Islam sekaligus menjadikan mereka kembali ke pangkal jalan, kembali ke ajaran Nabi SAW yang sebenarnya. 

 harga senaskah :
RM 25

Sila hubungi salah seorang penama ini untuk menempah/membeli kitab-kitab ini:-

Dr Dalhadi Hasan

   6013-8551521
Tuan Haji Abdul Halim AsSidek Hj Ghulam Hasan Al Bikangi

   6013-8014778
Saudara Abdul Rahim Hj Ghulam Hasan Al Bikangi

   6016-8815099
Puan Nooraini Haji Abu Samah

   6012-3175493
Puan Nor Rasyidah Mustafa

   6019-2401425
Hajah Noor Sham Hj Abdullah

   6019-2881466
  


Kemulian Aidil Fitri dan Amalannya

AMALAN SUNNAH SEMPENA AIDILFITRI

Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah SWT atas nikmatnya yang tidak terhingga sehingga kita dapat menyelesaikan Ibadah Puasa dan seterusnya Menyambut Hari Raya Aidul Fitri dengan penuh kenikmatan dan rasa syukur kepadaNya.
Mudah-mudahan puasa kita dan segala amal ibadat semuanya diterima oleh Allah SWT dengan sempurna dengan mendapat fadhilat Ramadan dan diampuni segala dosa-dosa yang telah dilakukan. Yang diharapkan kami sekaligus kita rÄ…ikan kegemilangan kenaikan Agama Allah SWT seluruh dunia agar semua umat manusia mencapai kegembiraan yang sebenarnya. Aminn
Kita juga mengharapkan semoga hikmah puasa tersebut memberi kesan dan mendidik kita menjadi hamba yang bertaqwa seperti mana yang dinyatakan dalam Firman Allah SWT :
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa.” (Al- Baqarah 183).

Taqwa pada hakikatnya ialah mentaati perintah Allah swt dengan penuh keimanan, keikhlasan dan pengharapan akan segala suruhan dan laranganNya. Melakukan apa yang telah dinyatakan didalam AlQuran dan dijelaskan didalam AsSunah dengan penuh keimanan dan meyakini akan janji-janji Allah kepada hamba-hambanya, tanpa merasa ragu-ragu akan suruhanNya. Dan meninggalkan apa yang dilarang itu dengan penuh kepercayaan dan merasa bimbang akan balasan Allah swt.

Islam adalah Agama ALLAH yang didalamnya mengandungi undang-undang & peraturan ALLAH SWT yang telah disampaikan oleh para Nabi-nabi dan rasul dari zaman ke zaman untuk keselamatan Umat Manusia yang diasaskan dengan Kasih Sayang dan ianya telah disempurnakan oleh Nabi terakhir kita Nabi Muhammad SAW. Firman Allah SWT

"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu." - Surah al-Maaidah: 3.

Nama hari Raya Aidilfitri berasal daripada bahasa Arab iaitu Ayd al-Fitr. Nama lain bagi Hari Raya Aidilfitri ialah Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitra atau Hari Lebaran. Ia juga dinamakan "Feast of the Breaking of the Fast", Eid, Idul Fitri, Lebaran (Indonesia), ShemaiEid (Bangladesh), Ramazan Bayrami (Turki).

Tujuan perayaan ini ialah sebagai tanda kemenangan umat islam setalah dapat mengerjakan ibadat puasa dalam bulan Ramadan dengan sempurna. Kemenangan itu bukan sahaja kemenangan kerana berjaya menahan atau mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan tetapi kejayaanmenghalang diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah, di mana sekiranya dilakukan akan membatalkan puasa.

Aidilfitri apabila diterjemahkan membawa maksud (kembali kepada fitrah) menunjukkan perayaan yang kita sambut ini memberi makna yang luas ertinya. Selepas kita membersihkan diri di bulan Ramadhan dengan pelbagai ibadat, membaca al-Quran, sedekah, qiamullail dan sebagainya. Maka apabila berakhirnya Ramadhan umat Islam akan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri, dengan maksud kembali kepada asal fitrah dijadikan manusia, sebagaimana bayi yang baru di lahirkan dalam keadaan fitrah, suci dari segala perkara-perkara maksiat.

Berikut adalah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah SAW sempena menyambutketibaan hari lebaran Aidilfitri ini.

1.           Menghidupkan malam Aidil Fitiri

  • Bertakbir- Sabda Rasulullah saw : hiasilah Aid kalian dengan Takbir.

Sabda Rasulullah saw : Barangsiapa mengucapkan SUBHANALLAH WABIHAMDIHI pada hari Aidil Fitri sebanyak 300X, dan menghadiahkannya untuk ummat muslim maka masuklah pada setiap kubur 1000 cahaya, dan Allah jadikan dikuburnya kelak baginya bila ia wafat 1000 cahaya pula

Barangsiapa yg menghidupkan malam Aidul Fitri dengan Tahajud, mengingati dosa dan bertafakkur, maka Allah akan membuat hatinya terus hidup pada saat matinya semua hati. (Sumber - Mukasyiaftulquluub - Imam Ghazali bab Fadhlul Ied)

2.    2.           Bertakbir.

Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman Allah S.W.T:

"Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur." – Surah al-Baqarah:185.

Adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang perjalanan dari rumah kita menuju ke masjid untu menunaikan solat Aidilfitri. Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani RA:

"Mengenai syariat bertakbir (pada hari raya Aidilfitri) yang perlu dilakukan oleh kaum muslimin ialah bertakbir dengan suara lantang ketika dalam perjalanan menuju ke tempat solat walaupun kebanyakan umat Islam mula memandang remeh sunnah ini." – Rujuk Kitab Meneladani Rasulullah S.a.w Dalam Berhari Raya, karya Syeikh Ali Hassan bin Ali al-Halabi al-Atsari, ms. 32

Bertakbir sejak mula keluar dari rumah bertujuan menyerlahkan syiar Islam di setiap pelusuk jalan yang dilalui ketika menuju ke tempat solat.


3.           Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri.

Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin’. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi SAW adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani RA yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:

“Apabila para sahabat Rasulullah SAW bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan amalanmu).” – Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.


4.           Mandi pada pagi hari raya.

Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali bin Abi Thalib RA pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab:

"Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri." - Hadis riwayat Imam Syafie RA di dalam Musnad al-Syafi’i, jil. 1, ms. 118-119.

5.           Makan sebelum solat Aidilfitri.

Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Menurut al-Muhallab RA:

"Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya adalah agar seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa sehingga solat hari raya Aidilfitri dilaksanakan. Seolah-olah Rasulullah s.a.w ingin menutup prasangka semacam ini." - Rujuk Fath al-Bari, jil. 5, ms. 272.

Kebiasaannya, Rasulullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat Islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada pagi hari raya Aidilfitri. Mereka bebas memakan apa sahaja. Tetapi, mengikut sunnah itu lebih baik daripada menyanggahinya. Sedangkan, sunnah itu termasuk perkara tauqifi (tidak boleh dipersoalkan). Anas bin Malik RA berkata:

“Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.” Murajja’ bin Raja’ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w memakannya dalam jumlah yang ganjil.” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 953.

Namun, jika tidak memiliki kurma maka dibolehkan untuk mengisi perut dengan makanan lain terutamanya makanan yang manis-manis seperti madu. Sekiranya tidak ada makanan sama sekali, memadai dengan hanya meminum air.

6.           Memakai pakaian yang indah.

Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya. Imam Syafier RA berkata:

"Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian." – Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I, jil. 1, ms. 327.


Pakaian putih elok sekali dipakai ketika mengerjakan sembahyang terutama di masjid. YM Tuan Guru Haji Ghulam Hassan Al Bikangi RA menganjurkan para pengikutnya supaya memakai pakaian putih seperti jubah atau gamis dan serban terutama ketika mengerjakan sembahyang. Firman Allah SWT:

“Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid." (Surah Al-Araf : 31)

Nabi SAW bersabda "Yang terbaik pakaian ziarahmu kepada Allah, pada kubur-kubur 
kamu dan masjid-masjid kamu adalah putih." (Riwayat Ibnu Majah RA)

Yang Mulia Tuan Guru RA memilih dan menyukai pakaian berwarna putih. Kata YMTG RA walaupun Nabi SAW telah memakai pakaian lain-lain warna tetapi Nabi SAW hanya menganjurkan umatnya memakai pakaian putih dan menjadikannya kapan bagi orang mati. Pakaian putih melambangkan kesucian, kebersihan atau fitrah manusia.


Sebab itu adalah sunat dipakai pakaian putih itu oleh orang yang hidup serta orang yang mati sebagai kapannya.

Sabda Nabi SAW:

“Pakailah olehmu pakaian yang putih, maka sesungguhnya baju putih itu paling suci dan bersih, dan kafankanlah olehmu padanya akan orang-orang mati kamu."

Hadis ini menunjukkan bahawa bukan sahaja sunat bagi orang mati dipakaikan kapan putih tetapi orang hidup juga disunatkan memakainya.


7.             Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya.

Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan. Ali bin Abi Thalib RA:

"Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat." - Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 487.

Namun begitu bagi yang sesiapa yang perlu menggunakan kenderaan kerana tempat solat terlalu jauh, ia dibolehkan dalam syarak. Tetapi, berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan.

8.             Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya.

Disunnahkan juga mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Jabir bin ‘Abdullah RA berkata:

"Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari raya." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 986. kesalahan-kesalahannya." - Rujuk Zaadul Ma'ad, Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, ms. 49.

9.              Tempat perlaksanaan solat hari raya.

Sunnah mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musholla (tempat terbuka seperti padang sehingga khatib dapat melihat semua hadirin) merupakan satu amalan yang jarang dilakukan di Malaysia melainkan beberapa kelompok kecil yang benar-benar kuat berpegang kepada sunnah Nabi s.a.w. Apakah musholla itu berbeza dengan masjid? Abu Said al-Khudri r.a berkata:

"Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w keluar menuju ke musholla. Ketika itu, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa ada sebarang solat sunat)." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.

Tentang hikmah mengerjakan solat hari raya di musolla, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan telah berkata:

"Sesungguhnya mengerjakan kedua-dua solat hari raya di tanah lapang mengandungi hikmah yang besar. Di antaranya adalah seluruh kaum muslimin setidak-tidaknya mereka boleh berkumpul bersama (bersua muka) dua kali dalam setahun. Semua orang dariseluruh pelusuk negeri akan berkumpul di sebuah tempat sama ada lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Mereka semua menghadap Allah dengan hati yang penuh konsentrasi, dikumpulkan dengan satu kalimat (tauhid), solat di belakang seorang imam, membaca takbir dan tahlil bersama dan berdoa kepada Allah dengan penuh ikhlas. Seakan-akan hati mereka terikat menjadi satu, merasa bahagia dan mensyukuri nikmat Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka. Dengan itu, hari raya benar-benar bermakna bagi mereka." – Rujuk Koreksi Total Ritual Shalat, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan, ms. 394.

Alhamdulillah pengikut YMTGURU RA  di Lahad Datu dan kg Babusalam, Semporna d Sabah telah kelihatan telah melaksanakan seruan Nabi SAW sokat dua hari raya ini di tanah lapang. Mudah-mudahankami berdoa seluruh penduduk Malaysia akan turut mengikut cara ini yang nampaknya sangat meriah, berukhwah dan terlihat kesatuan umat islam dipandangan kita sendiri dan orang lain.

10.         Mengerjakan Solat Aidilfitri

Di antara syiar yang paling utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlakasanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat Islam. Ibn Abbas r.a berkata:

"Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 989.

Disunnahkan menyampaikan khutbah sesudah mengerjakan solat hari raya Aidilfitri. Abu Sa’id al-Khudri RA berkata:

"Pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w akan keluar menuju musolla. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda (apabila tiba di masjid) baginda akan mengimami solat. Kemudian, baginda akan berpusing dan menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di dalam saf mereka. Seterusnya, baginda akan memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah)." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.

Para jemaah tidak diwajibkan menghadiri atau mendengar khutbah hari raya. Sebaik sahaja selesai mengerjakan solat hari raya, sesiapa yang tidak ingin turut serta mendengar khutbah maka dia dibenarkan meninggalkan majlis itu. Abdullah bin al-Sa’ib RA berkata:

"Aku pernah menghadiri solat hari raya bersama Nabi s.a.w. Setelah selesai solat baginda bersabda: Sesungguhnya kami akan berkhutbah. Oleh itu, sesiapa ingin duduk mendengar khutbah, dia boleh duduk. Sesiapa yang ingin pergi, dia boleh beredar." - Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunannya, no: 975.

11.          Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri

 Rasulullah s.a.w sendiri telah membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Anas bin Malik r.a berkata:

"Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959.

12.         Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164.

Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Cara yang paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya Aidilfitri secara berturut-turut (bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama. Ini juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie RA. Namun, seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahan mahupun di akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut atau berpisah-pisah.












rujukan : 
  • Kitab Agama ALLAH Rahmat & Penyelamat Seluruh Alam tulisan YMG Haji Abdul Rahim Al Hassaniyyah.
  • Kitab Ajaran dan Amalan YMTG RA tulisan YMG Haji Abdul Rahim AlHassaniyyah
  • http://akob73.blogspot.my/2008/09/amalan-amalan-sunnah-untuk-aidilfitri.html




Wednesday, June 29, 2016

Riwayat Hidup – YMTG Tuan Haji Ghulam Hassan Ali Akbar Al-Haj Al-Ghaus, Al-Bikangi RA

Pada tahun 1920, di sebuah desa di bahagian Barat Pakistan yang dikenali dengan nama Dara Hazarah, lahirlah seorang putera dikalangan keluarga yang sangat taat kepada Allah. Tiada yang menyangka putera ini bakal menjadi se eorang Wali Allah akhir zaman. Namanya akan harum bukan sahaja di kalangan masyarakat setempat malah segenap pelusuk rantau yang diziarahinya, hinggakan ada yang sanggup menjejah beribu-ribu batu semata-mata hanya untuk bersua dengannya. Liku-liku hidupnya penuh dengan pengajaran dan suri tauladan bagi siapa sahaja yang benar-benar ingin menempuh jalan kembali kepada Allah SWT serta ingin menegakkan kebenaran.   

 RM 50/SET (2 KITAB rIWAYAT & kERAMAT ymtg ra)

 Sila hubungi salah seorang penama ini untuk menempah/membeli kitab-kitab ini:-

Dr Dalhadi Hasan

   6013-8551521
Tuan Haji Abdul Halim As Sidek Hj Ghulam Hasan Al Bikangi

   6013-8014778
Saudara Abdul Rahim Hj Ghulam Hasan Al Bikangi

   6016-8815099
Puan Nooraini Haji Abu Samah

   6012-3175493
Puan Nor Rasyidah Mustafa

   6019-2401425
Hajah Noor Sham Hj Abdullah

   6019-2881466



Allah’s Religion A Blessing and A Savior For the Entire Worlds
(english version)
written by : Sheikh Haji Abdul Rahim Al Hassaniyyah 
Every human being because of his natural disposition has the yearning for love and mercy; peace, tranquility and happiness; safety and soundness; success and glory; justice, equality and harmony; progress and prosperity an nd about all the yearning to know his Creator so as to get closer to him with a hope of attaining His love. In order to achieve those desires, human beings have taken various steps. The most effective step that a man can think is to set up what is call UN. Several agencies were set up under the UN such as UNICEF, Security Council, UNEF, WFC with the roles to achieve those yearning. These agencies also receive assistance from other organizations, volunteers and individuals. The question is why mankind still fails to achieve those yearnings when in fact all expertise, sophisticated modern technologies and efforts such as establishing a more systematic body have been adopted? What is happening are in fact the reversed. Oppression, disorder, riots, aggression, war and bloodshed destruction not only towards life and property but to the world due to jealousy, hatred, greediness and hostility among mankind resulting in the loss of true love and compassion not only between man and man but also between man and other creatures continue everyday. This is also in turn causing world catastrophes such as typhoons, floods, draughts, volcanoes eruption and strange diseases. What human being hopes and desires does not always materialize. This indicates how weak human being is. The book presents itself in order to realize those yearnings. 
  Price :         RM 40

         Please contact the undersigned for the book:-


      Dr Dalhadi Hasan

   6013-8551521
      Tuan Haji Abdul Halim As Sidek Hj  Ghulam Hasan Al Bikangi

   6013-8014778
      Saudara Abdul Rahim Hj Ghulam Hasan  Al Bikangi

   6016-8815099
     Puan Nooraini Haji Abu Samah

   6012-3175493
     Puan Nor Rasyidah Mustafa

   6019-2401425
     Hajah Noor Sham Hj Abdullah

   6019-2881466



' 

Tuesday, June 28, 2016

Kitab Tasawwuf – karangan YMTG Haji Abdul Rahim AlHassaniyyah

Ilmu Tasawwuf adalah merupakan salah satu daripada 3 sendi ilmu Agama Islam. Dimana ianya memerlukan Thariqat sebagai wadah untuk merealisasikannya. Hari ini ilmu Tasawwuf telah dianggap sebagai ilmu yang memberhaya a serta mengelirukan yang boleh membawa kepada kesesatan. Akibatnya majority umat Islam telah menjauhkan diri darinya. Kitab ini menjelaskan apa sebenarnya ilmu Tasawwuf itu dengan tujuan untuk menimbulkan minat terhadapnya. Kitab ini juga adalah merupakan mukaddimah kepada kitab “At-ThariqIllallah”.   

Harga : RM5

   Sila hubungi salah seorang penama ini untuk menempah/membeli kitab-kitab ini:-


Dr Dalhadi Hasan

   6013-8551521
Tuan Haji Abdul Halim As Sidek Hj Ghulam Hasan Al Bikangi

   6013-8014778
Saudara Abdul Rahim Hj Ghulam Hasan Al Bikangi

   6016-8815099
Puan Nooraini Haji Abu Samah

   6012-3175493
Puan Nor Rasyidah Mustafa

   6019-2401425
Hajah Noor Sham Hj Abdullah

   6019-2881466