Wednesday, September 29, 2010

Program Ibadat Qurban & Aqiqah 1431 di kawasan Pendalaman Sabah

Anjuran Persatuan Kebajikan An Nisa Selangor &
 Kuala Lumpur [No. Pendaftaran: 1924-10-SEL]
& An Nisa Publication [No. Pendaftaran: 001835164-W]

FADHILAT IBADAH QURBAN

IBADAH QURBAN

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:

Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih Qurban). Bahawa Qurban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah Qurban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat Qurban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)

IBADAH AQIQAH

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:

Yang bermaksud: "Setiap bayi itu tergadai dengan Aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."

Dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah.  Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing.

Hukum Qurban dan Aqiqah ialah sunat muakad (Sunnat yang dituntut).
Ulama' bersepakat bahawa binatang yang boleh dijadikan qurban hanyalah binatang yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), kambing dan biri-biri sama ada jantan atau betina mengikut beberapa syarat yang telah ditentukan seperti sihat, tidak cacat dan sebagainya.
Tarikh Tutup
 Ibadah Qurban 1431H : 12 Nov 2010
Ibadah Aqiqah : Dibuka Sepanjang Tahun
PEMBAYARAN
Pembayaran boleh dimasukkan ke akaun An Nisa Publication - Maybank No Akaun : 5641 0000 7463 dan resit pembayaran boleh email ke annisateam@gmail.com atau boleh diserahkan terus kepada AJK-AJK/wakil-wakil yang dilantik.
·            Program ini memberi kemudahan umat islam di Malaysia melaksanakan ibadat Qurban dan Aqiqah.
·            Harga adalah mengikut harga pasaran lembu di Sabah. Harga satu bahagian lembu adalah RM390.00 atau RM2,800.00 untuk 1 ekor lembu.
·            Harga seekor kambing untuk Qurban dan Aqiqah adalah RM500.00 (termasuk dengan harga memasak dan kenduri).
·            Harga yang telah ditetapkan termasuk dengan beberapa kos pengangkutan, menyembelih, melapah, mengagih serta kenduri dan tahlil.
·            Qurban dan Aqiqah dilaksanakan kampong-kampung dikawasan pendalaman Sabah seperti Semporna, Lahad Datu, Tawau, Kudat yang ramai terdiri dari umat Islam miskin.
ü  Untuk melancarkan urusan Qurban – sila buat tempahan awal sebelum tarikh tutup pada 12hb November 2010 bagi membolehkan pihak secretariat membuat pesanan binatang ternakan yang sesuai untuk diqurbankan.

BORANG QURBAN & AQIQAH

PERSATUAN KEBAJIKAN AN NISA
SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
No. 16, Jalan Seri Putra 6/4
Bandar Seri Putra
43000 Bangi, Selangor Darul Ehsan
No. Tel: 03-8925 5493/012-3175493 Email: annisateam@gmail.com/annisakl@blogspot.com
IBADAH KORBAN/TAHLIL/DERMA FAKIR MISKIN, ANAK2 YATIM, IBU2 TUNGGAL/DERMA FISABILILLAH
Saya dengan ini berhajat untuk menyempurnakan ibadah Korban 1431H/sedekah fakir, miskin, anak2 yatim, tahlil, fisabilillah seperti yang disenaraikan di bawah ini:-

BIL.
NAMA ARWAH, IBU BAPA, AHLI KELUARGA, SAUDARA MARA DAN RAKAN2
KORBAN
TAHLIL
FAKIR/  MISKIN/ ANAK YATIM
FISABILILLAH
1 Bhg (RM390)
1 ekor (RM2,700 – RM2,800)





































Bersama-sama ini disertakan duit *korban/tahlil/fakir miskin, anak yatim/fisabillah sebanyak RM…………..  Mudahan kita sentiasa dalam keberkatan dan kerahmatan ALLAH SWT dan dijauhi segala keburukan dunia & akhirat.  Amin.

Pembayaran boleh dimasukkan ke akaun An Nisa Publication - Maybank No Akaun : 5641 0000 7463 dan resit pembayaran boleh email ke annisateam@gmail.com atau boleh diserahkan terus kepada AJK-AJK/wakil-wakil yang dilantik.

Nama:

No. Telefon:

Tandatangan:


Untuk keterangan lanjut boleh hubungi mana-mana ahli jawatankuasa Persatuan Kebajikan An Nisa:
Nooraini (012-3175493), Noor Sham (019-2881425), Nor Rasyidah (019-2401425)

*  Potong mana berkenaan
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT:


Penerima: …………………………………………  Jumlah yang diterima RM:………………………………………………………

Tarikh Terima: …………………………………………

Catatan AJK Persatuan:

Saturday, September 18, 2010

INGAT MATI - YM Tuan Guru Hj Ghulam RA

Tentang mati YM Tuan Guru RA berkata:

"Saudara-saudara sekelian hendaklah selalu ingat kepada mati.  Kita tidak akan terlepas daripada mati.  Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan menemui mati. Sebab itulah sebelum datang ajal hendaklah kita memperbanyakkan bekalan untuk mati. Hati-hatilah terhadap tipu daya dunia ini, jangan sampai tergoda sehingga menyebabkan kita lalai terhadap perintah Allah SWT dan lalai mengingati mati.


Peluang hidup hanya sekali.  Pergunakanlah peluang ini dengan beribadat bersungguh-sungguh.  Ramai ahli kubur yang berdoa kepada Allah SWT dengan suara yang keras hingga kedengaran ke langit ketujuh memohon, jika mereka diberi peluang hidup lagi walaupun sekejap, mereka berjanji akan berpuasa pada siang hari dan mengerjakan ibadat pada sebelah malamnya tanpa tidur.



Tetapi doa mereka sia-sia sahaja kerana peluang hidup di dunia ini hanya sekali sahaja.  Janganlah kita seperti mereka itu yang telah menyesal selama-lamanya. Marilah kita kembali kepada Allah SWT dengan bertaubat atas segala dosa dan kita menyerahkan diri kepada-Nya dengan mengerjakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.”